Thursday 27 June 2013

TAHNIAH! KEM REMAJA 3i!

Alhamdulillah wa syukru lillah. Nikmatnya yang tidak terhitung, seluas langit dan bumi. THREE I TRAINING & CONSULTANCY telah diizinkan ALLAH untuk menyampaikan ilmu dan pengalaman melalui KEM REMAJA 3i yang telah berjaya dilaksanakan pada 4-5 JUN yang lalu. 

Alhamdulillah seramai 21orang peserta dan telah dibantu oleh 4 orang Fasilitator bersama 3 orang penceramah telah turut sama dalam aktiviti mencari Redha Allah ini. Bertempat di Masjid lama Sungai Isap Damai, Kuantan Pahang. Kerjasama yang amat baik yang diberikan oleh semua yang terlibat termasuk AJK Masjid dan para ibubapa sangat memberikan inspirasi dan semangat buat krew THREE I TRAINING & CONSULTANCY untuk memberikan yang terbaik buat para peserta. 

Pelbagai aktiviti menarik yang dibekalkan dalam kem ini antaranya ialah perkongsian ilmu tentang 3I (ISLAM,IMAN & IHSAN), keajaiban Asmaul Husna, Ciri Anak Soleh, Mengenal Allah dalam kehidupan, serta belajar secara praktikal tentang 3i melalui Explorace dan projek berkumpulan.

Selain itu, para peserta diberikan ruang dan peluang untuk mencakar minda dalam menyelesaikan masalah isu semasa yang diberikan oleh urusetia. Di sini mereka dapat merapatkan lagi ukhwah dan belajar berani untuk kehadapan memberikan hujah serta menjawab persoalan spontan daripada fasilitator. Alhamdulillah, semua peserta memberikan respon yang positif dan menunjukkan prestasi yang baik.

Harapan daripada krew KEM REMAJA 3i adalah untuk melihat para peserta mempraktikkan apa yang telah dipelajari. InsyaAllah kita akan bertemu pada siri akan datang!











3i SHOPPE

 Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, Allah telah memberikan 3i satu lagi peluang dan ruang untuk menceburi bidang perniagaan yang merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.  3i SHOPPE di bawah kelolaan 3i Training & Consultancy telah mula beroperasi hampir 2 minggu. Bertempat di NO 3 KEDAI LKNP TAMAN SEPAKAT,KUANTAN. Kedai ini beroperasi dengan kerjasama daripada rakan kongsi yang merupakan anak kepada pemilik kedai tersebut.

Alhamdulillah, setakat ini kami jadikan 3i shoppe ini sebagai pusat jualan air gau. Selain itu, 3i Shoppe juga ada menjual buku-buku ilmiah berasaskan Asmaul Husna, sarung tangan dan sarung kaki, serta tudung labuh. Terdapat juga perkhidmatan jahitan disediakan seperti mengambil upah menjahit pakaian, alter, menjahit tepi dan menjahit butang. 

InsyaAllah sempena bulan Ramadhan ini, 3i shoppe akan menjual kurma dan kuih raya sebagai makanan tradisi sempena Ramadhan ini. Sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh lah hubungi saya-afifah 013-2965723 atau telefon kedai di talian 09-536 4600.

Di bawah ini terdapat beberapa keping gambar kedai yang masih dalam operasi pengubahsuaian untuk dalam keadaan lebih baik.