Monday 1 July 2013

LATIHAN & MOTIVASI RAMADHAN


Alhamdulillah. Allah Al-Kabiir, Yang Maha besar memberikan lagi kita peluang untuk menikmati penghujung syaaban dan tidak lama lagi akan dibuka tirai Ramadhan...owh indahnya  saat Ramadhan menjelma, pelbagai peluang keampunan dan keberkatan yang Allah berikan pada kita. Sesungguhnya hidup kita sebagai hamba ini hanyalah untuk mencari Redha Allah. 

Marilah kita menjadikan Ramadhan ini sebagai satu jalan untuk kita menyucikan diri daripada karat-karat dosa yang telah menjalar dalam hati dan jiwa kita. Sesungguhnya Allah sangat sayang pada hambanya, diberikannya 1 bulan Ramadhan ini untuk kita mohon keampunan dan meminta apa sahaja daripadanya. Tapi awas, jangan jadikan Ramadhan ini sahaja bulan utk kita rapat dengan Allah dan beribadah bersungguh-sungguh. Tapi jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai titik tolak untuk kita berubah kearah yang lebih baik dan menjadi abdi yang tulen. Semoga Ramadhan kali ini kita manfaatkan sebaik-baiknya. Syukran Ya Allah...